Bengkel Asas Pemuliharaan Bahan Bersama Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

16 Ogos 2023, Rabu – Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Bengkel Asas Pemuliharaan Bahan Bersama Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) UTeM pada ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Ogos 2023 | Rabu
Masa : 8.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat : Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka

Bengkel ini telah disertai oleh 4 orang staf Pembantu Pustakawan, Perpustakaan Laman Hikmah UTeM bagi mempelajari dan mengetahui secara asas tentang konsep dan kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan rekod.

Setelah selesai berbengkel mereka juga sempat melawat sekitar Unit Arkib dan Perpustakaan bagi melihat kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PTAR UiTM Cawangan Melaka

Objektif penganjuran bengkel adalah untuk:

  1. Memahami pemerliharaan rekod adalah bermula di organisasi masing-masing
  2. Mengetahui secara asas tentang konsep dan kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan rekod
  3. Memelihara dan memulihara rekod – rekod di organisasi sekurang – kurangnya secara minima selaras dengan Bahagian 8 Pekeliling Perkhidmatan Bil.5/07

Semoga bengkel ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua terutama organisasi kerajaan.

Pautan Gambar Sekitar Bengkel: KLIK SINI

Pautan TikTok Sekitar Bengkel: KLIK SINI

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply