Bengkel ‘Speed Reading’

Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Kuala Terengganu telah menganjurkan Bengkel “Speed Reading” yang melibatkan 4 orang staf perpustakaan pada 10 Ogos 2023 bertempat di Makmal Scientia, Perpustakaan Cendekiawan. Perkongsian ini disampaikan oleh Cik Nurmaisari Che Anuar, pustakawan UiTMCTKKT susulan dari Kursus Speed Reading di UiTM Shah Alam.

Bengkel ini dilaksanakan bagi memberi penerangan mengenai asas kemahiran dan beberapa teknik bacaan pantas. Penggunaan teknik bacaan yang betul dapat meningkatkan tahap pembacaan seseorang serta menjimatkan masa. Perkongsian mengenai asas kemahiran dan beberapa teknik bacaan pantas serta latihan telah dilaksanakan sepanjang bengkel berlangsung.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Di samping itu, menyokong dan menyeru warga kampus dalam Kempen Galakan Membaca. Ia juga seiring dengan sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti. 

Disediakan oleh: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply