Penjurian Pertandingan Seni Khat Jawi

SHAH ALAM, 7 Ogos 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam dan Dewan Bahawa telah mengadakan  penjurian terhadap hasil karya khat 37 orang peserta pertandingan Seni Khat Jawi. 

Sesi penjurian telah diadakan di Bilik Seminar, PTAR berlangsung hampir tiga jam bagi mencari pemenang Seni Khat Jawi berdasarkan hasil karya khat dan rakaman video penulisan khat oleh peserta. 

Berikut ialah juri pertandingan Seni Khat Jawi: 

  1. Encik Abdul Wahab Khalid 
  2. Encik Mat Yusof Abd Rahman 
  3. Encik Muhd Faizul Azmir Hj. Ramli 

Pertandingan yang menawarkan 13 orang pemenang tulisan khat Jawi telah dibuka penyertaannya pada 16 Julai hingga 31 Julai 2023 khusus golongan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini. 

Pihak urusetia akan menghubungi peserta yang berjaya manakala pemenang utama akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM800.00. 

PTAR Shah Alam

Leave a Reply