Tarikh : 22 Jun 2023
Hari : Khamis
Masa : 8.45 – 11.00 pagi
Tempat : Perpustakaan Al- Bukhari UiTM Cawangan Pahang
Pada 22 Jun 2023 (Khamis) pihak Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka, berbesar hati menerima lawatan sambil belajar anak-anak TASKI As-Saadah.
Lawatan ini terdiri daripada 17 orang pelajar dan 7 orang tenaga pengajar. Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan suasana pendidikan di peringkat universiti serta meningkatkan semangat anak-anak TASKI untuk terus menuntut ilmu.
Lawatan ini dapat menyokong SDG 4 : Quality Education yang mana memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.


Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan