Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Caw. Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Speed Reading pada 21 Jun 2023 (10.00 pagi – 12.00 tgh hari) bertempat di Bilik Seminar PTAR Kampus Seremban.

Program selama 2 jam, telah disampaikan oleh Encik Mohd Aizat Abd Halim, Pustakawan Kanan PTAR Kampus Seremban.
Seramai 4 orang peserta telah menyertai program yang berlangsung selama 2 jam ini. Penceramah telah berkongsi ilmu serta teknik bacaan pantas kepada para peserta.


