MUKAH, 6 JULAI 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah mengadakan Program Read@UiTM Speed Reading bersama staf PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah pada 6 Julai 2023 yang lalu. Program ini telah dilaksanakan di Makmal Komputer PTAR Kampus Mukah.
Program yang diadakan secara bersemuka ini telah disampaikan oleh Cik Dayang Azimah binti Abang Yusof, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan telah dihadiri oleh semua staf PTAR Kampus Mukah.
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan panduan kepada staf PTAR Kampus Mukah untuk mempelajari teknik bacaan pantas, meningkatkan keyakinan diri ketika membaca serta memupuk minat membaca dan menggalakkan pembacaan serta membina kompetensi pembacaan.
Semoga dengan penganjuran dan latihan yang didapati dalam program ini dapat membantu staf PTAR Kampus Mukah dalam mengukuhkan lagi kemahiran dan seterusnya menjayakan program Speed Reading yang akan dianjurkan kepada warga UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah selaras dengan keperluan universiti meningkatkan budaya membaca dalam komuniti kampus. Dengan program ini juga diharapkan dapat menyahut kempen Galakan Membaca seiring di dalam menyokong salah satu prinsip Sustainable Development Goals (SDGs) iaitu Pendidikan Berkualiti.