Hari Terbuka PTAR Bersama Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pulau Pinang

PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah menganjurkan Program Hari Terbuka Bersama Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) pada 26 Jun 2023 bertempat di Pusat IT, PTAR Kampus Permatang Pauh. Program hari terbuka ini telah disertai oleh 21 orang pensyarah program diploma daripada Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) UiTMCPP.

Antara objektif utama program ini adalah untuk memastikan koleksi bahan silibus dan rujukan di perpustakaan terkini serta memenuhi keperluan pembelajaran dan pengajaran. Disamping Β mewujudkan hubungan baik di antara PTAR dan PKA, program ini juga bertujuan untuk mempromosi dan memperkenal perkhidmatan serta kemudahan yang terdapat di perpustakaan.

Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada Tuan Haji Ahmad Faizar selaku Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTMCPP. Seterusnya sesi tunjuk ajar penggunaan ‘Mobile App’ dan MyKnowledge Management oleh Encik Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan Unit Perpustakaan Digital. Kemudian, ia diteruskan pula oleh Puan Farleen Azrina Zamberi, Pustakawan Kanan Unit Sumber Rujukan Universiti dengan taklimat cadangan pembelian buku dan sesi ‘hands on’ cadangan pembelian buku melalui WebOPAC kepada pensyarah yang terlibat.

Sebelum program berakhir, para pensyarah menyemak dan mengeluarkan buku-buku rujukan program diploma PKA dari koleksi perpustakaan yang terdiri daripada buku tahun terbitan lama serta tidak lagi relevan dengan silibus terkini untuk dilupuskan.

Disediakan oleh : Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply