Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023 Peringkat UiTM Cawangan Melaka

5 Jun 2023, Isnin – Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023 Peringkat UiTM Cawangan Melaka pada ketetapan berikut:

Tarikh : 6 – 7 Jun 2023 | Selasa – Rabu
Masa : 8.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat : Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka ini adalah untuk menyokong Perancangan Strategi Perpustakaan UiTM 2023, berdasarkan agenda Globally Marketable – Turning Globally Marketable Staff. Diharapkan dengan adanya program ini akan memberi kesedaran kepada warga UiTM Cawangan Melaka tentang peranan dan kepentingan Unit Arkib Cawangan Melaka, disamping memberi kesedaran tentang pengurusan rekod penting Universiti.

Objektif penganjuran program adalah untuk:

  1. Meningkatkan kesedaran warga universiti tentang kepentingan rekod dan arkib.
  2. Meningkatkan kesedaran di kalangan pengurusan kanan tentang faedah pengurusan rekod untuk tadbir urus dan pembangunan yang baik.
  3. Meningkatkan pemahaman warga UiTM tentang keperluan pemeliharaan dan akses arkib jangka panjang.
  4. Mempamerkan dokumen unik, luar biasa dan jarang dijumpai yang tersimpan di institusi arkib; dan
  5. Memajukan imej rekod dan arkib untuk meningkatkan ketampakan mereka di peringkat kebangsaaan dan global.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023 peringkat UiTM Cawangan Melaka adalah seperti berikut:

  1. Kursus Asas Pengurusan Rekod & Fail Bersama PRJ & PTRJ UiTM Cawangan Melaka
  2. Taklimat Pengenalan & Perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka Bersama Pelajar Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat (BA132)
  3. History Walk (Pengunjung Bertuah)
  4. Archive2U
  5. Kuiz Find & Wins
  6. Book2U (Mobile Library @PTAR)
  7. Peminjam & Pengunjung Bertuah
  8. Kuiz Perkhidmatan Sirkulasi
  9. Digital2U (Pengunjung Bertuah)
  10. Kuiz Perkhidmatan Digital
  11. Kuiz Fun Facts

Semoga penganjuran Hari Arkib Antarabangsa 2023 peringkat UiTM Cawangan Melaka ini mampu menjadi wadah bagi profesional dan komuniti arkib berkongsi maklumat pintar dan mentransformasi peranan dan tanggunggjawab bagi mengharungi cabaran masa hadapan.

Pautan Teaser Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023: https://www.youtube.com/watch?v=zRQcmeDuopk

Artikel Surat Khabar Berita Harian KLIK SINI

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply