Kunjungan Pro-Canselor UiTM dan Pendaftar UiTM Ke Galeri Islam Nusantara UiTM Cawangan Sarawak

KOTA SAMARAHAN, 14 JUN 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah menerima kunjungan daripada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Zarinah Anwar, Pro-Canselor UiTM dan YBsr. Tuan Hj Muhamad Nizam Noordin, Pendaftar UiTM ke Galeri Islam Nusantara UiTM Cawangan Sarawak.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Profesor Madya Dr Hasmah Mohidin Penolong Rektor Kampus Samarahan 2, Profesor Madya Dr. Abdul Razak Abdul Kadir Penolong Rektor Kampus Mukah, Staf-staf Akademik dan Pn. Nur Afeqah Abdulah Timbalan Ketua Pustakawan PTAR.

Pengurusan PTAR UiTM Cawangan Sarawak merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Zarinah Anwar dan YBsr. Tuan Hj Muhamad Nizam Noordin atas kesudian mengunjungi Galeri Islam Nusantara UiTM Cawangan Sarawak.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply