MUKAH, 13 MEI 2023- PTAR UiTM Cawangan Sarawak bersama Unit Kesihatan & Majlis Perwakilan Pelajar, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Seri Tanjung dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Sibu telah mengadakan Program Kempen Derma Darah sempena Q6 Carnival Fiesta 2023.
Program ini telah berlangsung di PTAR UiTM Kampus Mukah pada jam 9:00 pagi sehingga 4:00 petang.
Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi galakan orang ramai menderma darah kepada yang memerlukan. Pihak PTAR juga mengambil peluang untuk membuka booth Mobile Library sepanjang program ini berlangsung.