Bengkel Penyediaan Format Penulisan: “MZJ Formatting”

17 Mei 2023 – PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin dengan kerjasama Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah mengadakan Bengkel Penyediaan Format Penulisan: “MZJ Formatting” Siri 1 dan Siri 2 pada ketetapan berikut:

Tarikh : 08 dan 15 Mei 2023 | Isnin

Masa : 2.00 Petang – 5.00 Petang

Peserta : Terbuka kepada semua Warga UiTM

Pautan Webex: http://melaka.library.uitm.edu.my/…/728-mzjformatting

Penceramah :

Dr. Mohd Zuli bin Jaafar

Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Melaka.

Bengkel ini adalah bertujuan untuk pelajar-pelajar Fakulti Perladangan dan Agroteknologi khususnya semester 5 dan 6 untuk menyiapkan Projek Tahun Akhir sebagai syarat bergraduasi. Justeru, bengkel ini adalah bagi mempersiapkan mereka dari segi pengetahuan dan kemahiran. Hal ini termasuklah menggunakan perisian pengurusan rujukan iaitu MZJ Formatting, cara pengendaliannya dan pemahaman dari segi konsep serta praktikal.

Sebarang pertanyaan sila hubungi nombor WhatsApp Business: http://www.wasap.my/+6062645540 atau melalui chat with librarian: http://shorturl.at/gGJ17

Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab.Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Abdul Azim Ab. Ghani PTAR Jasin Melaka

Leave a Reply