Mesyuarat Kajian Profil Membaca Warga Universiti Teknologi MARA

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media kini bekerjasama bagi menjayakan Kajian Profil Membaca Warga Universiti Tekologi MARA (UiTM). 

Satu mesyuarat bagi membincangkan input kajian ini telah diadakan pada 10 Mei 2023 jam 9 pagi di bilik Mesyuarat PTAR. 

Mesyuarat yang dihadiri seramai lapan orang dan dipengerusikan oleh Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi Haji Jantan telah berlangsung selama hampir empat jam. 

Wakil Pusat Pengajian Sains Maklumat iaitu Dr. Mad Khir Johari Abdullah Sani, Dr. Norshila Shaifuddin dan Dr. Siti Arfah Noordin. 

Manakala PTAR diwakili oleh Dr. Hajah Zalifah Awang Zakaria, Puan Hani Liza Norfin, Puan Wan Izzatul Fahrah Wan Ishak dan Puan Nurul Aida Noor Azizi.

PTAR Shah Alam

Leave a Reply