Pada 23 Mac 2023, Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan telah berjaya menyelesaikan proses pelupusan buku di Perpustakaan berjumlah 5028 naskah dan 2901 judul. Proses pelupusan ini dikendalikan oleh Unit Pelupusan, Bahagian Perolehan Universiti Teknologi MARA Shah Alam.
Pengumpulan buku-buku pelupusan ini adalah hasil dari projek taskforce Pelupusan dan bahan Retro perpustakaan melibatkan 9 orang staf. Aktiviti ini telah digembeleng bersama Encik Mohamad Affendi Manshor, Encik Mohd Asmawi Mohammad, Mohd Fareez Zaini dan turut dibantu oleh staf PKEJ yang lain.
Pemindahan buku-buku pelupusan tersebut dibuat dengan bantuan kenderaan UiTM dari Bahagian Pelupusan diketuai oleh Encik. Adabi Bersama pembantu beliau.
Dengan selesainya proses pelupusan ini, pihak PKEJ berbesar hati membuka semula 1 ruangan bilik perbincangan yang sebelum ini dijadikan bahagian transit sementara buku-buku pelupusan tersebut.