Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma Anjuran Unit Kesihatan dan Perpustakaan Tengku Anis Kampus Kota Bharu dengan kerjasama National Kidney Foundation Malaysia. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kesejahteraan kesihatan serta menggalakkkan warga kampus untuk melakukan saringan kesihatan secara berkala disamping memupuk budaya sihat sepanjang hayat.
Program saringan pemeriksaan kesihatan percuma ini meliputi indeks jisim, ujian tekanan darah, ujian air kencing, ujian gula dalam darah dan sesi kaunseling.Ujian kolestrol adalah pilihan sahaja dan dikenakan bayaran sebanyak RM 5.
PTA Kampus Kota Bharu juga telah mengambil inisiatif sempena program ini dengan membuat pameran Buku Kesihatan kepada semua warga.
Selain itu, program ini untuk meningkatkan kesihatan dan kesedaran mengenai kepentingan pengesanan awal dan pencegahan penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi. Yayasan Buah Pinggang telah menjalankan pemeriksaan kesihatan ini kepada lebih 180,000 peserta seluruh Malaysia sejak 2008 lagi.