Program Collaborative Teaching: Motivational Seminar “Impossible to Possible”-Library Tour

Pada 3 Januari 2023, Selasa, Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun telah menerima kunjungan lawatan yang terdiri daripada 80 orang pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Tanjung Pati dan Sekolah Kebangsaan Batu 7. Kunjungan ini adalah bersempena Program Collaborative Teaching: Motivational Seminar “Impossible to Possible” anjuran pelajar Semester 3 BA 234 (Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan). Delegasi ini turut disertai oleh empat orang guru pengiring bersama beberapa orang pelajar kursus berkenaan selaku penganjur.

Sesi penerangan oleh En. Nik Ahmad Kamal, Pembantu Pustakawan.
Gembira dapat berkunjung ke Perpustakaan UiTMCT.
Belajar menggunakan OPAC PUiTM.
Memberi peluang kepada para pelajar merasai pengalaman sendiri berada di perpustakaan universiti.

Selain memberikan pengalaman baru kepada para pelajar dan membuka minda mereka mengenai pengurusan perpustakaan dan suasana pembelajaran di universiti, lawatan berpandu ini juga adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan mempromosikan perkhidmatan Perpustakaan Cendekiawan kepada komuniti setempat. Penerangan ringkas juga diberikan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan di samping teknik pencarian buku menggunakan sistem Online Public Access Catalogue (OPAC).

Program berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati dari wakil pelajar Semester 3 BA 234 UiTM Terengganu kepada  pihak pengurusan Perpustakaan yang diwakili oleh Cik Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan serta bergambar kenangan beramai-ramai.

Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT sentiasa mengalu-alukan kunjungan lawatan daripada semua organisasi luar kerana perkhidmatan perpustakaan kini terbuka kepada semua termasuk komuniti.

Disediakan oleh: 
1. Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan
2. Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan

Avatar photo
Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply