21 Disember 2022, Rabu – UiTM Melaka Knowledge Sharing Session Series 1: Top Level Management Leadership yang dianjurkan oleh Pejabat Pengurusan Sumber Manusia & Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA), dengan kerjasama, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Centre for Islamic Philantrophy and Social Finance (CIPSF), Unit Penyelidikan Jaringan Industri (PJI) dan Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Program ini telah dijalankan di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, bermula dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Sesi perkongsian ini juga boleh dilihat melalui platform Youtube Rasmi dan Facebook Rasmi UiTM Cawangan Melaka.
Program tersebut telah dihadiri oleh barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) UiTM Cawangan Melaka, Dr. Nur Hayati Binti Abd Rahman, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, Dr. Mohd Halim Bin Mahphoth, Penolong Rektor, Kampus Bandaraya, Puan Noor Hayati Abu Kassim, Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Turut hadir bersama mengikuti program ini terdiri dari pensyarah dan staf pentadbiran UiTM Cawangan Melaka. Program diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu, pengalaman dan cabaran oleh Profesor Dr. Abd Halim Bin Mohd Noor, Mantan Rektor UiTM Cawangan Melaka.
Dalam sesi perkongsian itu, Mantan Rektor UiTM Cawangan Melaka itu, telah mengimbau pengalaman dan cabaran – cabaran beliau sepanjang berkhidmat sebagai warga UiTM. Profesor Dr. Abd Halim Bin Mohd Noor bersama para tetamu telah dibawa melawat ke ruangan pameran bertemakan Journey of Profesor Dr. Abd Halim Bin Mohd Noor yang telah disediakan oleh Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.
Semoga program ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada semua di dalam usaha menambah pengetahuan dan galakan perkongsian ilmu di kalangan masyarakat dan warga UiTM.
Kampus Alor Gajah.
Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka