Program Jom Pinjam@PST – Siri 2 dan 3 2022

Program Jom Pinjam@PST telah berjaya dijalankan bermula pada 31 Oktober 2022 dan diteruskan lagi mengikut siri berikut :

Siri 2 – 14 November 2022 (10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari)

Siri 3 – 1 Disember 2022 (2.00 petang hingga 4.00 petang)

Program bersiri ini telah berlangsung selama 2 jam dan dihadiri lebih 50 orang pelajar dan staf.

Program ini dijalankan setiap bulan dan merupakan inisiatif perpustakaan dalam meningkatkan pinjaman buku di samping mewujudkan budaya membaca di kalangan warga UiTM.

Alhamdulillah program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di mana jumlah pinjaman bagi kedua-dua siri adalah sebanyak 24 buah buku yang dipinjam oleh staf dan pelajar.

Diharapkan program ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua warga UiTM secara langsung dan tidak langsung di dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran Universiti.

Avatar photo
Nor Hafizah Md Hanafiah PST Shah Alam
Senior Librarian PTAR 1, UiTM Shah Alam

Leave a Reply