Library Outreach ke Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM CNS Kampus Rembau

Khamis, 24 November 2022: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau telah menganjurkan program Library Outreach ke Fakulti Pengurusan Maklumat (kini dikenali sebagai Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik & Media, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.

Program yang diadakan secara bersemuka itu melibatkan Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Jamilah Md Yusoff, Encik Mohd Hafiz Kasirun, Pustakawan Kanan (Kampus Kuala Pilah), Encik Mohd Aizat Abdul Halim, Pustakawan Kanan (Kampus Seremban) Encik Syaiful Hisyam Saleh, Pustakawan (Kampus Seremban) dan Encik Muhammad Shafiq Amirullah (Kampus Rembau). Turut serta, Ketua Pusat Pengajian, Puan Noor Faraliza Samsudin, koordinator-koordinator program serta para pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat.

Program bermula dengan sesi lawatan ke Experimental Library, yang terletak di Aras 2, Bangunan Akademik Fakulti Pengurusan Maklumat. Experimental Library digunakan untuk para pelajar khususnya di bawah program Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat untuk melaksanakan simulasi pengurusan perpustakaan. Taklimat semasa lawatan dikendalikan oleh Puan Siti Khairiyah Nordin, Pensyarah Kanan yang juga person-in-charge bagi bilik Experimental Library.

Library Outreach diteruskan lagi dengan sesi taklimat MyKnowledge Management, taklimat bahan harta intelek dan taklimat penggunaan aplikasi PRIMe di Bilik Mesyuarat Fakulti yang disampaikan oleh barisan Pustakawan PTAR Cawangan Negeri Sembilan. Pihak PTAR dan fakulti sempat mengadakan sesi meja bulat bagi membincangkan sebarang bentuk kerjasama antara kedua-dua belah pihak yang boleh dilaksanakan di masa akan datang.

Program Library Outreach tamat pada pukul 1.00 petang dan diakhiri dengan sesi jamuan secara potluck. Pihak PTAR amat menghargai komitmen yang diberikan serta sokongan dari para pensyarah sepanjang program ini berlangsung.

Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau

Avatar photo
Muhammad Shafiq Amirullah PTAR Rembau N. Sembilan

Leave a Reply