Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media (KPPIM) telah menganjurkan Program Open Day & Talent Hunt @ College of Computing, Informatics and Media pada 4 hingga 6 November 2022 (Jumaat-Ahad) bertempat di Kompleks Al-Khawarizmi, Fakulti Sains Komputer & Matematik, UiTM Shah Alam.
Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian mereka ke peringkat Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Sains Pengkomputeran dan Sains Matematik.
Dalam program ini, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan dan Jabatan Perpustakaan Digital turut sama membuka booth kepada semua warga UiTM dan masyarakat luar dengan mengadakan pameran buku perpustakaan (Book2U), e-Sports, Virtual & Augmented Reality, perkhidmatan rujukan dan penyelidikan serta lain-lain lagi.
Program ini dihadiri lebih 200 orang pengunjung termasuk staf dan pelajar KPPIM juga daripada pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Antara yang menarik minat para pengunjung adalah kemudahan Virtual & Augmented Reality yang disediakan oleh PTAR dalam memberi pengalaman sebenar mengenai teknologi terkini selaras dengan transformasi digital library IR 4.0. Pinjaman buku dari lokasi PTAR Utama dan PTAR Sains & Teknologi (5 pinjaman) turut mendapat sambutan oleh warga UiTM khususnya para pelajar.
Semoga program seperti ini berterusan di masa akan datang dan mendapat kerjasama lagi dengan pihak fakulti dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran universiti.
Di harap program seumpama ini memberi manfaat dan faedah kepada semua pihak dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan perkongsian ilmu di kalangan warga UiTM khususnya dan masyarakat amnya. Sehingga berjumpa lagi di masa akan datang!