3 November 2022, Khamis – Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menerima lawatan daripada Setiausaha Pejabat UiTM Cawangan Melaka.
Seramai 6 orang setiausaha pejabat telah membuat lawatan ke Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka bagi memperkenalkan setiausaha baharu di Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Melaka. Pihak Unit Arkib amat mengalu-alukan kehadiran ke semua setiausaha pejabat UiTM Cawangan Melaka ke Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka iaitu:
- Suhana Binti Mohd Yasin – Pejabar Rektor UiTM Cawangan Melaka
- Afiqahinani Binti Abdul Gani – Bahagian Hal Ehwal Akademik
- Nur Ain Baizura Binti Ainul Annuar – Bahagian Hal Ehwal Pelajar
- Nurdiana binti Sudin – Pejabat Penolong Rektor, Kampus Bandaraya
- Najaa Syazwanie Binti Muhammad Jefri – Pejabat Penolong Rektor, Kampus Jasin
- Nor Azila Abd Aziz – Pejabat Fakulti Peladangan & Agroteknologi
Melalui lawatan seperti ini ia dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama PTJ di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah