Seminar Antarabangsa Pembangunan Spiritual Melalui Pendekatan Psikospiritual dan Kaunseling

25 Oktober 2022 – Seminar Antarabangsa Pembangunan Spiritual Melalui Pendekatan Psikospiritual dan Kaunseling telah diadakan secara hybrid iaitu secara fizikal bertempat di Aras 1 PTA dan siaran langsung melalui Saluran YouTube rasmi PTA. Seminar ini merupakan anjuran bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Unit Kerjaya dan Kaunseling (UKK) & Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Universiti Fatoni, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) dan Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA).

Seminar ini bermula pada jam 9:00 pagi sehingga 5:00 petang yang bermula dengan ucapan aluan daripada Dr. Affendi Ismail, KPP ACIS seterusnya dirasmikan oleh YBRs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Nasir Ismail, Timbalan Rektor HEA UiTMCK.

Antara perkara yang dibentangkan oleh pembentang bagi seminar ini adalah:

  1. Konsep dan Aplikasi Psikospiritual dalam Kehidupan Muslim oleh Prof. Dr. Che Zarrina Sa’ari, Profesor Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
  2. Konsep Jiwa daripada Perspektif Psikospiritual Islam oleh Prof. Madya Dr. Abdul Manam Mohamad, Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Wahyu & Pemikiran Islam, Pusat pengajian teras, UniSZA
  3. Pembangunan Spiritual dari Perspektif Psikospiritual Islam oleh Prof. Madya Dr. Abdurrohman Chapakiya, Pensyarah, Pengajian Islam, Universiti Fatoni, Thailand
  4. Kefahaman Mengenai Ketuhanan dalam Solat Sebagai Penyembuh Haluu’a oleh Dr. Mohd Nazri Mat Zin, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTMCK
  5. Pembangunan Jiwa dari Perspektif Kaunseling oleh Puan Che Azlina Che Pa, Pegawai Psikologi Kanan, Unit Kerjaya dan Kaunseling, UiTMCK

Antara pembentang bagi Seminar Antarabangsa Pembangunan Spiritual Melalui Pendekatan Psikospiritual dan Kaunseling

Seminar yang diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan komen yang positif daripada penonton samada secara maya melalui siaran langsung di YouTube atau secara fizikal. Seminar ini juga merupakan dibawah SDG: 4 “Quality Education” dan SDG 17: “Partnership for the Goals”.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTM Cawangan Kelantan

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply