Lawatan Sekolah Kebangsaan Jenang Marang, Terengganu

Pada 18 April 2022 (Isnin), Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu telah menerima lawatan dari pelajar Sekolah Rendah Jenang Marang, Terengganu. Delegasi ini diketuai oleh Pengetua, tiga (3) orang guru dan sebelas (11) orang pegawas pusat sumber sekolah yang hadir secara bersemuka ke UiTMCT Kampus Kuala Terengganu.

Bersama Pengetua, guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Jenang

Objektif utama ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak perpustakaan kepada warga UiTM. Selain itu, turut penerangan mengenai koleksi buku, majalah dan beberapa ruang yang disediakan untuk kegunaan pelajar antaranya ruang bacaan, ruang santai dan ruang majalah. Selain itu, pelajar turut diterangkan mengenai perkhidmatan kaunter utama dan kaunter perkhidmatan yang di perpustakaan. Dengan pelbagai perkhidmatan yang disediakan, ini juga dapat memberi dorongan dan semangat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Universiti.

Semoga sesi Lawatan ke Perpustakaan kepada pelajar Sekolah Rendah Jenang Marang, Terengganu yang disampaikan dapat memberi manfaat dan membantu pelajar untuk mendalami cara pengurusan di perpustakaan universiti. Disamping itu, menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) antaranya SDG ke-4, Pendidikan Berkualiti. Semoga usaha yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan semoga ikatan antara dua pihak sentiasa berterusan.

Disediakan oleh: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply