𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐳𝐚𝐤 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐤𝐞 𝐏𝐓𝐀𝐑 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐚𝐲𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟔 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟐.
Warga PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka telah menerima lawatan kerja dari Ketua Pustakawan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi MARA (UiTM), YBrs. Encik Jamalludin Haji Sulaiman bersama pegawai pengiring Puan Nor Azwani Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTM dan Puan Nurul Aida Noor Azizi, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM.
Lawatan kerja ini telah dijalankan secara bersemuka bermula jam 9.30 pagi hingga jam 12.00 tengah hari, bertempat di PTAR Aras 12 dan Aras 1 UiTM Kampus Bandaraya Melaka.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat dan tontonan motaj aktiviti PTAR KBM sepanjang tahun 2022 serta soal jawab bersama staf juga diadakan dalam suasana santai. YBrs. Encik Jamalludin Haji Sulaiman juga turut memberikan ucapan dan kata-kata semangat kepada staf-staf PTAR KBM. Sesi ini membuka peluang kepada staf untuk bertanya, memberikan pandangan, cadangan atau isu yang dihadapi oleh staf. Dalam sesi ini, Ketua Pustakawan memaklumkan pentingnya membina jalinan kerjasama, terutama dengan Rektor dan Penolong Rektor cawangan dalam mewujudkan hubungan yang baik di antara pihak Pengurusan Kampus dan PTAR.
Lawatan ini diteruskan dengan meninjau persekitaran perpustakaan yang mempunyai dua aras iaitu aras 1 dan aras 12. Ketua Pustakawan juga turut meluangkan masa melawat projek 𝘓𝘪𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘍𝘳𝘦𝘦 𝘓𝘪𝘣𝘳𝘢𝘳𝘺 yang telah dijalankan sejak tahun 2016. Beliau turut beramah mesra bersama Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka, Dr. Mohd Halim bin Mahphoth dan Pendaftar UiTM, Tuan Haji Muhamad Nizam bin Noordin yang kebetulan sedang mengadakan lawatan kerja ke kampus ini. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar bersama Ketua Pustakawan sebagai kenang-kenangan.
Disediakan oleh: Siti Haidah Md Aziz, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka.