5 Oktober 2022 – Rabu, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menerima lawatan kerja dari Ketua Pustakawan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi MARA (UiTM), YBrs. Encik Jamalludin Haji Sulaiman bersama pegawai pengiring Puan Nor Azwani Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan dan Puan Nurul Aida Noor Azizi, Pustakawan Kanan.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Puan Noor Hayati Abu Kassim, Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, diikuti dengan ucapan dari YBrs. Encik Jamalludin Haji Sulaiman, Ketua Pustakawan, PTAR UiTM. Seterusnya, program diteruskan dengan Taklimat Perancangan Strategik PTAR UiTM daripada Puan Nor Azwani Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan. PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menyediakan tayangan montaj bagi memaparkan aktiviti PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah sepanjang bulan Januari 2022 sehingga September 2022.
YBrs. Encik Jamalludin Haji Sulaiman telah dibawa melawat ke surau yang merupakan salah satu projek CSR PTAR UiTM Cawangan Melaka di Bangunan KPP 1 serta solat berjemaah bersama -sama staf PTAR. Seterusnya, Ketua Pustakawan juga telah dibawa melawat ke Unit Arkib Universiti PTAR UiTM Cawangan Melaka, dengan diiringi oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Noor Hayati Kassim, bersama pegawai pengiring dan staf PTAR UiTM Cawangan Melaka. Melalui lawatan ini, perbincangan dua hala dapat dijalankan bagi membuka ruang antara kedua-dua pihak bertukar pandangan seterusnya mengeratkan lagi hubungan kerjasama bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan selaras dengan “Globally Renowned University”.
Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, UiTM Melaka