Kursus Perkhidmatan Portal MyKM

PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) sentiasa komited dalam memastikan kecekapan penyampaian perkhidmatan perpustakaan supaya ianya memenuhi keperluan pengguna. Justeru itu, telah berlangsung Kursus Perkhidmatan Portal MyKM kepada semua staf PTAR UiTMCPP pada 3 Ogos 2022. Kursus yang dijalankan di Pusat IT PTAR UiTMCPP ini, telah dikendalikan oleh Encik Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan Unit Perpustakaan Digital.

Antara objektif pelaksanaan kursus ini adalah:

  • Meningkatkan kefahaman dan kemahiran staf PTAR mengenai perkhidmatan yang disediakan melalui portal MyKM.
  • Membantu staf PTAR melayani/menjawab persoalan pengguna yang menghadapi masalah atau pertanyaan mengenai perkhidmatan portal MyKM.
  • Mempromosi portal MyKM sebagai rujukan utama pencarian maklumat secara ‘personalization’.

Kursus ini telah dilaksanakan secara ‘hands on’ bagi memastikan semua staf dapat mengakses serta menggunakan sepenuhnya perkhidmatan yang disediakan melalui portal MyKM ini.

Adalah diharapkan, semua staf PTAR UiTMCPP dapat meningkatkan pengetahuan masing-masing mengenai perkhidmatan yang diberikan seterusnya dapat menyampaikan maklumat dengan lebih efisien apabila berurusan dengan pengguna.

Disediakan oleh : Puan Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply