18 Ogos 2022 – Khamis, PTAR UiTM Cawangan Melaka bersama El-Wazif UiTM Cawangan Melaka telah menghadiri Program Chairobic Merdeka dan Perbincangan Projek WADI, anjuran Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), UTC Melaka. Program ini dijalankan di Aras 1, ruangan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, UTC Melaka. Program kerjasama ini dijalankan bagi bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama yang baik antara Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) bersama PTAR UiTM Cawangan Melaka dan El-Wazif.
Program dimulakan dengan aktiviti Chairobic yang diketuai oleh, Pegawai Unit Fisioterapi, Klinik Kesihatan Peringgit, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Melaka Tengah. Aktiviti Chairobic memberi kebaikan dari segi aspek fizikal dan psikologi serta meningkatkan kecergasan kardiovaskular (jantung) para peserta serta mewujudkan hubungan mesra antara kakitangan PTAR, El – Wazif bersama Warga Emas dari PAWE. Seterusnya, sesi perbincangan program khidmat masyarakat telah dijalankan. Agenda utama perbincangan adalah membincangkan perjalanan Program Khidmat Masyarakat: Menanam Pokok Wakaf Dusun Ilmu (WADI) yang akan dijalankan pada 13 September 2022. PTAR UiTM Cawangan Melaka berharap dengan adanya program seperti ini, dapat mengeratkan hubungan kerjasama yang baik antara semua pihak yang terlibat serta merancakkan aktiviti kemasyarakatan di dalam komuniti.
Ditulis oleh : Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR Kampus Alor Gajah