Bengkel Basic Ai Design (Staff Edition)

Pada Jumaat, 5 Ogos 2022 telah berlangsung program berbentuk latihan kemahiran secara bersemuka iaitu Bengkel Basic Ai Design (Staff Edition). Bengkel anjuran PTAR Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau itu telah diadakan di Makmal Komputer 1, PTAR Kampus Rembau dan dikendalikan oleh Encik Al Hazriq Zainal Abidin, Pembantu Pustakawan PTAR Kampus Rembau.

Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk memberi sedikit pendedahan dan pengetahuan asas mengenai perisian Adobe® Illustator® untuk kerja-kerja pengubahan imej serta yang secara tidak langsung memantapkan lagi software skills di kalangan kakitangan UiTM.

Menerusi bengkel yang berlangsung selama dua (2) jam itu, peserta diberi pendedahan tentang cara membuat proses pembuangan imej latar, penggunaan alat teks, penggunaan alat kesan khas dan fungsi asas Adobe® Illustrator® yang bersesuaian. Peserta juga diberi tugasan untuk membuat poster bertemakan kemerdekaan untuk unit atau jabatan masing-masing. Tiga pemenang poster terbaik telah dipilih dan diberikan saguhati pada penghujung program. Pihak penganjur telah menerima respon yang amat baik daripada peserta dan kini giat merancang untuk program ini diadakan sekali lagi pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau

Avatar photo
Muhammad Shafiq Amirullah PTAR Rembau N. Sembilan

Leave a Reply