PROGRAN IBADAH QURBAN UiTM KAMPUS BANDARAYA MELAKA

Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji ialah perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Ini bagi menghayati dan menghormati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagai tindakan mematuhi perintah Allah SWT.

Dalam Takwim Hijrah, Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari ke-10 Zulhijah, dan berlangsung selama empat hari iaitu hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijah setiap tahun. Perayaan ini bermula dengan takbir Aidiladha pada 9 Zulhijah selepas solat maghrib, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada pada 10, 11, 12 atau siang 13 Zulhijah, yang dipanggil Hari Tasyrik.

Syukur Alhamdulillah Program Gotong Royong Ibadah Korban UiTM Kampus Bandaraya Melaka telah diadakan pada 22 Mei 2022 dan berjalan lancar bermula seawal jam 8 pagi dan turut disertai oleh staf PTAR UiTM Kampus Bandaraya,staf pentadbiran dan staf akademik serta para pelajar Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM KBM bertempat di Kolej Kediaman Siswa Tun Mamat, Kg Morten.

Di sediakan oleh : Siti Haidah Md. Aziz, Pustakawan Kanan, UiTM Kampus Bandaraya Melaka

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply