Program Khidmat Masyarakat : Transit ILMU (Fasa 2) PTAR Kampus Alor Gajah

26 Julai 2022 – Selasa, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat (CSR): Transit Ilmu (Fasa 2) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Melaka sesi 2021/2022. Program ini telah diketuai oleh Puan Sariah Che’ Man, Pembantu Pustakawan Tertinggi, sebagai Ketua Projek bagi Program Transit Ilmu, bersama kakitangan PTAR UiTM Cawangan Melaka dan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Program inisiatif ini adalah tanggungjawab sosial UiTM, khususnya PTAR UiTM Cawangan Melaka terhadap komuniti setempat.

PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menerima kunjungan dari 6 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Talib Karim, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Dol Said, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan, Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1, Sekolah Kebangsaan Lendu dan Sekolah Kebangsaan Dato’ Naning. Program ini adalah kesinambungan Program Transit Ilmu Fasa 1 yang telah pun berjaya dilaksanakan di 6 buah sekolah tersebut secara serentak pada 22 Jun 2022. Program ini telah dihadiri oleh Encik Ahmad Khairuman Md Hasim, Penolong Rektor UiTM Kampus Jasin yang menjalankan tugas-tugas Rektor, Encik Nasaruddin Bin Rahmat, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Encik Mohd Azli Bin Muda, Penolong Pengarah, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Dato’ Ts. Dr. Mohd Nor Hajar Hasrol Jono, Timbalan Rektor HEP, Puan Noor Hayati Abu Kassim, Timbalan Ketua Pustakawan, Guru Besar, Guru-Guru dan 86 orang pelajar sekolah yang terlibat.

Program Transit Ilmu Fasa 2 ini bermula seawal jam 8.30 pagi bertempat di Ruangan Utama Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Program ini telah dirasmikan oleh oleh Encik Ahmad Khairuman Md Hasim, Penolong Rektor UiTM Kampus Jasin bersama para tetamu yang hadir. Pengisian aktiviti dalam Fasa 2 ini adalah Pertandingan Resensi Buku, dimana peserta perlu berkongsi hasil bacaan buku yang telah disediakan oleh PTAR. Aktiviti ni melibatkan 2 peserta setiap sekolah. Aktiviti ini juga merupakan inisiatif dari pihak PTAR dalam menyokong saranan dan sasaran kerajaan dalam membudayakan masyarakat membaca pada tahun 2030. Selain itu,antara pengisian aktiviti lain yang telah disediakan adalah Taklimat Jom Masuk UiTM untuk pelajar sekolah menengah dan Program Let’s Think untuk murid sekolah rendah.

Secara keseluruhannya, dengan adanya program seperti ini dapat menjalinkan kerjasama strategik diantara PTAR, MPP, UiTM Cawangan Melaka dan komuniti setempat seterusnya dapat memperkenalkan perkhidmatan – perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak PTAR UiTM Cawangan Melaka kepada luar khususnya untuk pelajar sekolah.

Ditulis oleh : Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan PTAR Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply