Program Pelancaran Buku Cerita Kanak-Kanak telah dijalankan pada 16 Julai 2022 jam 10 pagi hingga 12 tengah hari bertempat di Aras 3, Lobi PTAR Utama, UiTM Shah Alam.
Program ini juga bersiaran secara maya melalui pautan Youtube dan Facebook Rasmi Perpustakaan UiTM.
Youtube Perpustakaan UiTM : https://www.youtube.com/watch?v=D81o4xwpkhM
Facebook Perpustakaan UiTM : https://www.facebook.com/libraryuitm/videos/1198163370757647/
Program ini adalah anjuran Fakulti Sains Sukan & Rekreasi (FSR), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Sains & Teknologi dan Techno Crew Club UiTM dengan kerjasama PTAR Utama, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA), Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), Kelab Sahabat Penulis, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Big Brain House (E).
Objektif program ini adalah bagi mengetengahkan karya penulisan staf dan pelajar UiTM, memupuk budaya membaca di kalangan warga UiTM di samping mewujudkan kerjasama strategik PTAR, Fakulti dan Organisasi Luar.
Karya penulisan Buku Cerita Kanak-Kanak ini melibatkan Dr. Mohd Ghazali Taib, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKBA dan Pn. Jamiaton Kusrin, Pensyarah Kanan FSR UiTM Shah Alam sebagai Ketua Penulis manakala Barisan Penulis yang lain adalah terdiri daripada Pelajar Fakulti Sains Sukan, UiTM Shah Alam.
Seramai 60 orang jemputan telah hadir bagi memeriahkan lagi program yang akan diadakan. Antara yang hadir adalah Dekan FSR iaitu Prof. Dr. Mohad Anizu Mohd Nor, Timbalan Dekan Penyelidikan, Jaringan & Industri, Prof. Madya Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie dan Mahasiswa serta Mahasiswi Fakulti Sains Sukan & Rekreasi (FSR) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA).
Program telah dimulai dengan upacara Pelancaran Buku dan seterusnya Penyampaian Cenderahati kepada Para Penulis dan Penganjur. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan Persembahan Sesi Bercerita oleh Penulis yang merupakan Pelajar FSR , Pertunjukan Silat oleh Pelajar FSR, Nyanyian dan Tarian Tradisional oleh Pelajar IPGKBA.
Diharapkan agar program seperti ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang bagi memupuk budaya minat menulis dan membaca di kalangan para pelajar khususnya dan rakyat Malaysia amnya.