Library Outreach @ Fakulti Undang-Undang

Library Outreach merupakan satu jalinan kerjasama di antara Bahagian Korporat PTAR, PTAR Undang-Undang (PUU) dan Fakulti Undang-Undang (FUU). Program ini merupakan antara platform untuk berkongsi maklumat terkini dan perkhidmatan baharu kepada warga fakulti dengan lebih berkesan.

Program Library Outreach ini telah berlangsung pada 1 Julai 2022 (Jumaat) jam 3 petang dan dihadiri oleh Ketua Bahagian dan Ketua Jabatan PTAR terdiri daripada Encik Jamalludin Sulaiman, Encik Ahamad Zuber, Encik Hazlan Nordin, Dr Hajah Zalifah dan majlis ini dikendalikan oleh Puan Asmah Sabtu selaku pengantara majlis. Manakala Wakil Pengurusan FUU terdiri daripada Dr. Nur Ezan Rahmat, Dr. Rafizah Abu Hassan, Prof. Dr. Irwin, Encik Muhammad Umar, Dr. Faridah Hussain (PTAR Liaison Officer FUU) dan para pensyarah yang lain.

Sesi pada kali ini lebih berfokus kepada Perolehan Bahan Rujukan Universiti. Antara taklimat yang telah diberikan seperti Laporan Kemajuan pemilikan bahan silibus bagi program di FUU oleh Puan Masnida, Cadangan Bahan Bercetak melalui Online Recommendation oleh Puan Siti Aishah Sadan dan Cadangan Bahan Elektronik oleh Puan Aznur Umiza. Program ini telah dijalankan selama dua (2) jam secara atas talian melalui platform Cisco Webex dan seramai 42 orang warga akademik telah menyertai program ini.

Secara keseluruhan, matlamat program ini tercapai dan mendapat maklumbalas baik daripada fakulti dalam bekerjasama memantapkan lagi koleksi silibus di PUU bagi kegunaan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan warga fakulti. Semoga program sebegini dapat diteruskan untuk memperbaiki perkhidmatan perpustakaan selaras dengan keperluan fakulti sebagai rakan strategik penyelidikan universiti.

Nur Azian Azis PUU Shah Alam

Leave a Reply