Lawatan Mock Audit & Akreditasi Program “Bachelor of Engineering (Hons.) Civil (Infrastructure) – EC221 ke PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang

PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) Kampus Permatang Pauh telah menerima kunjungan lawatan Mock Audit & Akreditasi bagi program “Bachelor of Engineering (Hons.) Civil (Infrastructure) – EC221 pada 21 Jun 2022. Lawatan ini telah diketuai oleh Ir. Dr. Mustaqqim bin Abdul Rahim daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), diiringi oleh Prof. Madya. Ir. Dr. Zakaria Hussain daripada Pengajian Kejuruteraan Elektrik serta beberapa orang wakil Pengajian Kejuruteraan Awam UiTMCPP.

Sepanjang sesi lawatan audit tersebut, Timbalan Ketua Pustakawan Puan Hayati Mokhtaram bersama 2 orang Pustakawan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan serta memberikan penerangan ringkas mengenai perkhidmatan perpustakaan. Di akhir lawatan, pemeriksaan alat pemadam api serta laluan kecemasan di PTAR turut dijalankan bagi memastikan bangunan perpustakaan ini selamat digunakan.

Disediakan oleh : Puan Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply