LIVE@PTAR | SEMBANG SANTAI : FITNAH MEMBAWA PUNAH

Pada 15 Jun 2022 (Rabu), Perpustakaan Tun Abdul Razak, Kampus Seremban telah mengadakan program siaran langsung Sembang Santai yang bertajuk FITNAH MEMBAWA PUNAH.

Panel jemputan Ustaz Puaad Bin Osman, Penolong Pendaftar Kanan (Hal Ehwal Islam), UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban.

Sembang Santai ini telah dikendalikan oleh pelajar daripada Persatuan PTAR Buddies Cik Amanina Atiqah binti Helmi selaku moderator program.

Antara perkongsian utama yang disampaikan panel jemputan adalah berkenaan kesan buruk perbuatan fitnah kepada individu dan masyarakat. Balasan di dunia dan di akhirat akibat dosa fitnah.

Di dalam program ini kita juga disajikan dengan sirah yang boleh dijadikan pengajaran dan pedoman berkaitan perbuatan fitnah. Ustaz Puaad juga berkongsi kaedah atau cara bagi kita menjauhkan diri daripada melakukan kesalahan  fitnah.

Diharapkan para perserta dapat mengambil ilmu yang disampaikan oleh ustaz Puaad agar kita dipelihara daripada melakukan dosa fitnah.

Lebih menarik program ini juga menyediakan hadiah cabutan bertuah untuk para peserta. Tahniah kepada semua pemenang.

Capaian kepada program ini boleh dilayari menerusi URL YouTube:

https://www.youtube.com/watch?v=LXTqv5AnYl4

Syaiful Hisyam Saleh PTAR Seremban 3 N. Sembilan

Leave a Reply