Perkhidmatan pinjaman berkelompok atau ‘Bulk Loan’ adalah perkhidmatan yang disediakan untuk memberi sokongan dan galakan serta memberi kemudahan pinjaman bahan perpustakaan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) UiTM, jabatan kerajaan dan organisasi yang dibenarkan.
PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka telah menerima permohonan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka ( IPGK PM) bagi tujuan pemilihan buku untuk pinjaman secara ‘bulk loan’ yang pertama melibatkan agensi di luar sistem UiTM.
Di sediakan oleh : Pn Siti Haidah Md Aziz , Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka