Live@PTAR Bicara Pakar : Sejarah Kesultanan Negeri Terengganu

Pada 3 Jun 2022 (Jumaat), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM Shah Alam telah mengadakan Live@PTAR Bicara Pakar yang bertajuk Sejarah Kesultanan Negeri Terengganu bersama moderator YBhg. Profesor Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz dan panel jemputan YBhg. Prof. Dato’ Dr Haji Mohamed Anwar Omar Din, Professor Adjunct Asean University merangkap Ketua Kluster Penyelidikan Peradaban Melayu dan Islam UNiSZA.

Bicara pakar pada kali ini membincangkan tentang Sejarah Kesultanan Negeri Terengganu. YBhg. Prof. Dato’ Mohamed Anwar telah menerangkan hubungkait kedudukan kedaulatan raja dengan negeri, agama Islam dan rakyat jelata. Seperti yang dibincangkan, hubungan pengikat antara raja dengan rakyat adalah berdasarkan kepentingan agama Islam. Secara dasarnya, raja dan rakyat harus saling berhubungan antara satu sama lain demi kesejahteraan negara.

Salah satu soalan daripada penonton YouTube “Tujuan Bunga mas diberi kepada Raja Siam, adakah sebagai tanda persahabatan atau tanda menerima pertuanan?”

Menjawab kepada soalan tersebut, Dato’ Mohamed Anwar menyatakan bunga mas itu merupakan sebuah pokok yang diperbuat daripada emas dan timah yang diberikan kepada Raja Siam sebagai tanda persahabatan di antara dua buah kerajaan berdaulat.

Capaian kepada program ini boleh dilayari menerusi URL YouTube: https://youtu.be/yjEJJEVApDU

Profesor Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz bersama panel jemputan Prof. Dato’ Dr Haji Mohamed Anwar Omar Din
Prof. Dato’ Dr Haji Mohamed Anwar Omar Din sedang mengulas tentang salasilah Kesultanan Negeri Terengganu

Avatar photo
Noor Azureen Abd Aziz PTAR Shah Alam

Leave a Reply