Pada 31 Mei 2022 (Selasa), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah telah menganjurkan Program Live@PTAR Tapah. Program Live kali ini membincangkan mengenai topik Biblioterapi : Terapi Diri Melalui Pembacaan.
Panel jemputan terdiri daripada Dr. Norshila binti Shaifuddin, Pensyarah Kanan dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana. Beliau juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Biblioterapi Malaysia (PERBIMA) dan program ini telah dikendalikan oleh Cik Nur Ain Sabrina binti Azhar, Pelajar Latihan Industri, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah.
Biblioterapi merupakan salah satu terapi diri yang boleh dilakukan melalui pembacaan dan ianya boleh diamalkan oleh semua golongan tanpa mengira umur dan jantina. Penerangan mengenai topik ini merangkumi bahan bacaan yang sesuai, di mana program biblioterapi telah dilaksanakan dan kelebihan mengamalkan terapi diri melalui pembacaan.
Program yang telah berlangsung selama satu jam ini telah ditonton oleh pelajar dan staf UiTM seluruh cawangan serta penonton dari luar UiTM menerusi Facebook dan Youtube Perpustakaan UiTM Cawangan Perak. Semoga perkongsian mengenai Biblioterapi : Terapi Diri Melalui Pembacaan ini memberi manfaat kepada semua yang telah menonton Program Live@PTAR Tapah kali ini.
Pautan Facebook PTAR UiTM Cawangan Perak – https://www.facebook.com/191187340919485/posts/5266332490071586/
Pautan Youtube PTAR UiTM Cawangan Perak – https://www.youtube.com/watch?v=cD8Myw9j2-Y
Gambar di belakang tabir Program Live@PTAR Tapah Biblioterapi : Terapi Diri Melalui Pembacaan
Disediakan oleh: Nur Dayana Mohd Narwawi, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah