Aktiviti PTAR Books on Wheel ialah antara inisiatif di bawah Program Galakan Membaca PTAR yang menyediakan kemudahan pemilihan, pinjaman, pemulangan dan semakan maklumat am perpustakaan secara pantas dan diadakan di luar lokasi perpustakaan. Program ini bermatlamat menggalakkan budaya membaca menerusi pemilihan dan peminjaman koleksi terkini PTAR merangkumi bahan bacaan popular dan ilmiah.
Aktiviti PTAR Books on Wheel ini ialah kerjasama strategik PTAR dan Unit Pengurusan Non-Resident, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang memfokuskan pelajar Non-Resident UiTM. Seramai hampir 30 orang pelajar telah mengunjungi gerai PTAR dan sejumlah tujuh belas (17) rekod transaksi pinjaman dilakukan oleh pelajar.
Gerai PTAR turut dikunjungi oleh staf daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Rata-rata pengunjung yang hadir di gerai PTAR memberikan maklumbalas dan kerjasama yang baik sepanjang program ini berlangsung.
Aktiviti selama dua (2) jam ini dikendalikan oleh staf Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, PTAR seramai tiga (3) orang staf bermula jam 03:00 petang pada 13 Mei 2022 di Surau As-Sidiq, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam.