Pameran Buku: Book2U- Diabetes telah diadakan pada 17 Mac 2022 (Khamis) di Perkarangan Unit Kesihatan, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi sebagai tanda sokongan kepada program anjuran Unit Kesihatan, UiTMCTKBB iaitu program “Mari Masok Ngan Meksi dan Dressa Baru, Meksi Lame Dok Dilupe Kang” (Mari Masak Bersama Jururawat dan Pembantu Perubatan Baru, Jururawat Lama Tidak Dilupakan) yang bertemakan Diabetes. Pelbagai judul buku berkaitan Diabetes disajikan kepada pengunjung pameran terutamanya buku-buku resipi untuk pesakit diabetes bersesuaian dengan Pertandingan Memasak: Menu Sihat untuk Pesakit Diabetes yang akan diadakan dan maklumat lain berkaitan Diabetes termasuklah pengenalan, rawatan dan cara pencegahan. Bagi menarik ramai pengunjung, perpustakaan juga ada menyediakan 3 (tiga) cenderahati untuk pengunjung bertuah dan 1 (satu) hamper untuk pemenang Peraduan Silangkata: Diabetes.
Bagi Pertandingan Memasak, wakil Perpustakaan dan Bendahari telah bergabung sebagai satu kumpulan iaitu Ala-Khazam dengan menyediakan menu ikan singgang, peria goreng bertelur dan pencuci mulut sagu gula melaka. Selain Pertandingan Memasak, pelbagai acara telah disediakan oleh Unit Kesihatan, antaranya pemeriksaan kesihatan percuma dan ceramah kesihatan oleh Pegawai Kesihatan UiTMCT iaitu Dr Zaizul Hairudi Mohd Zain.
Penulis: Mohd Shahnizam Mat Zain, Pustakawan Kanan