Read@UiTM: Tazkirah Ramadhan: Ramadhan…Kusambut Kehadiranmu

Pada 07 April 2022 (Khamis), Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu telah menganjurkan program Tazkirah Ramadhan yang bertajuk Ramadhan…Kusambut Kehadiranmu. Program ini disampaikan oleh Ustazah Rubiah Binti Abu Bakar, Pensyarah UiTMCT Kampus Kuala Terengganu. Program Tazkirah Ramadhan ini dijalankan secara bersemuka di Surau Destini Ar-Raudhah UiTMCT Kampus Kuala Terengganu dan atas talian melalui platform Youtube Live Stream Perpustakaan Cendekiawan UiTMCTKKT.

Objektif program perkongsian ilmu rohani  ini adalah untuk meningkatkan ibadah dan aura untuk menyambut bulan mulia iaitu bulan Ramadhan. Ia juga dapat mengeratkan ukhwah dan jaringan yang terjalin antara warga UiTM agar sentiasa berterusan dalam melaksanakan pelbagai program yang berimpak tinggi pada masa hadapan.

Program Tazkirah Ramadhan yang berlangsung selama sejam mendapat maklumbalas yang baik dari peserta terutamanya warga UiTM yang menyertai sehingga selesai program. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua warga UiTM.

Program ini juga dapat menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti. Penonton boleh menonton semula rakaman program tersebut menerusi saluran YouTube PERPUSTAKAAN CENDEKIAWAN UITMCTKKT.

Penulis: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply