Taklimat ‘Library Outreach@Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu, Dungun Campus with The Librarian’.

Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun telah dijemput bagi menjayakan program bersama komuniti oleh Unit Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (ICAN) UiTMCT pada 30 Mac 2022, Rabu, melalui platform Google Meet dan siaran langsung Facebook ICAN UiTMCT.

Peserta yang terdiri daripada guru-guru dan para pelajar sekolah-sekolah menengah daerah Dungun telah hadir secara maya bagi mendengar perkongsian oleh Cik Asmahani Abdullah, Pustakawan Rujukan, mengenai kemahiran literasi maklumat melalui platform akses terbuka dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan Cendekiawan kepada komuniti luar.

Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat dan membuka peluang ilmu kepada semua yang hadir. Perkongsian ilmu ini juga secara tidak langsung menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) yang ke-4 iaitu Quality Education.

Disediakan oleh: Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply