Program LIVE@PCUiTMCT Motivasi Santai: Ilmu & Ibadah

Pada 30 Mac 2022, Rabu, Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun telah menganjurkan program siaran langsung Motivasi Santai: Ilmu & Ibadah. Program ini merupakan salah satu daripada aktiviti Program Library2U: Read-Reflect-Review.

Program siaran langsung ini dijalankan secara bersemuka di ruang bacaan perpustakaan dan juga atas talian melalui platform Facebook Live Stream Perpustakaan Cendekiawan UiTM Terengganu.

Pengisian yang disampaikan selama satu jam oleh penceramah jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Azarudin Awang, Pensyarah Kanan, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun, telah menarik lebih daripada tiga ratus peserta atas talian dan empat puluh orang peserta bersemuka.

Objektif program ini ialah sebagai pengisian ilmu rohani dalam meningkat ibadah seharian berpandukan ilmu yang sahih. Penyampaian yang santai oleh penceramah telah membantu sedikit sebanyak para peserta membuat persediaan menyambut Ramadhan. Pelaksanaan program ini juga secara tidak langsung menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-2: Zero Hunger, dan SDG ke-4: Quality Education.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply