Taklimat ‘Case Study: A New Paradigm in Writing and Publication’

Pustakawan Rujukan, Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT), telah dijemput oleh Unit Penulisan dan Penerbitan UiTMCT bagi memenuhi slot perkongsian ilmu yang bertajuk ‘Case Study: A New Paradigm in Writing and Publication’ pada 8 Mac 2022. Program yang bermula dari pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang melalui platform Webex Meeting telah dihadiri oleh seramai 64 orang peserta yang terdiri daripada staf akademik UiTMCT.

Sesi perkongsian ilmu ini terbahagi kepada dua slot, dan telah disampaikan oleh:

1. Dr. Nur Sa’adah Muhamad, Penolong Dekan (Kualiti &Strategi), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan  Universiti Kebangsaan Malaysia

2. Cik Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan UiTMCT.

Slot taklimat berlangsung melalui Webex Meeting.

Turut hadir sebagai moderator iaitu Puan Suraya Ahmad, Pensyarah Kanan UiTMCT. Objektif taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan penulisan dan penerbitan berbentuk kajian kes serta kaedah pencarian maklumat berkaitan melalui pangkalan data atas talian langganan UiTM.

Semoga kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada semua seterusnya meningkatkan kecemerlangan penyelidik UiTM pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply