Library Outreach: Lawatan & Khidmat Runding Pelupusan Rekod Jabatan UiTMCT

Satu sesi lawatan khidmat runding berkaitan pelupusan rekod jabatan telah diadakan di Pejabat Rektor UiTM cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun pada  2 Mac 2022, Rabu, jam 10.00 pagi yang lalu. Unit Arkib UiTMCT diwakili oleh En.Md Kamil Ibrahim (Pustakawan Kanan) dan Puan Rohaida Yusof (Pembantu Pustakawan Kanan), manakala Pejabat Rektor diwakili oleh Puan Norazline Awang (Setiausaha Pejabat).

Selain konsultasi khidmat runding pengurusan fail, lawatan kerja berjadual ke unit/bahagian UiTMCT ini juga adalah bertujuan untuk memberi panduan pengurusan fail serta pelupusan rekod di unit/jabatan dengan betul. Diharapkan dengan lawatan ini dapat memberi pendedahan kepada warga kampus agar dapat menguruskan pelupusan rekod dengan lebih baik pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply