Library2U@GameOn UiTM Cawangan Terengganu

Sempena Program Library2u: Read-Reflect-Review yang diadakan pada antara Mac dan April 2022, Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) telah mengadakan pelbagai aktiviti melibatkan pelbagai kumpulan sasar, khususnya staf. Program ini merupakan penjenamaan semula program Hari Mesra Pengguna yang telah lama tidak dilaksanakan. Walaubagaimana pun, pematuhan SOP pandemik COVID-19 sentiasa dipantau sepanjang aktiviti berlangsung.

Antara aktiviti yang diadakan ialah aktiviti Library2U@GameOn, seperti berikut:-

Game 1: Giant, Snakes, Ladders
Tarikh: 28 Mac 2022, Isnin
Masa: 9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Game 2: InfoXplore Race
Tarikh: 29 Mac 2022, Selasa
Masa: 9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Game 3: Library Street Soccer
Tarikh: 31 Mac 2022, Khamis
Masa: 9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Sememangnya pandemik COVID-19 telah memberi kesan dalam perkhidmatan fizikal organisasi. Justeru, aktiviti seumpama ini diharapkan dapat menarik semula perhatian warga kampus untuk kembali menggunakan perkhidmatan perpustakaan fizikal Perpustakaan Cendekiawan di kalangan warga kampus.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply