Pinjaman Berkelompok Perpustakaan Kolej KETENGAH

Perpustakaan Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah memohon untuk mengadakan kerjasama dengan Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) melalui pinjaman berkelompok. Ini adalah bagi persediaan Kolej KETENGAH menghadapi lawatan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang diadakan pada 17 Mac 2022.

Satu sesi penyerahan rasmi buku pinjaman berkelompok bagi kategori subjek pelancongan telah diadakan oleh Encik Shahrol Nizam bin Johol,Timbalan Ketua Pustakawan kepada Puan Wan Hamieza binti Mohamad Hanapi, Pustakawan Kolej KETENGAH.

Jalinan kerjasama strategik antara KETENGAH dan UiTM Cawangan Terengganu telah terwujud sejak sekian lama. Semoga kerjasama strategik antara perpustakan dari kedua-dua organisasi ini dapat mengekalkan kerjasama yang ada seterusnya memberi impak positif kepada masyarakat setempat seterusnya komuniti kumpulan sasar yang terlibat.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply