Taklimat Orientasi Perpustakaan Dan Lawatan Berpandu Kepada Pelajar Baharu UiTMCT Sesi Mac-Ogos 2022

Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun, telah mengadakan Taklimat Orientasi dan Lawatan Berpandu kepada pelajar baharu pada 23 Mac 2022, Rabu yang lalu, setelah hampir dua tahun ianya tidak dilaksanakan secara bersemuka kerana pematuhan kepada perintah kawalan pergerakan pandemik COVID-19.

Pelajar yang terlibat seramai 40 orang adalah terdiri daripada pelajar Pra-Diploma Sesi Mac – Ogos 2022. Objektif utama sesi taklimat dan lawatan ini adalah untuk membolehkan para pelajar menyesuaikan diri dengan suasana,prasana dan kemudahan perkhidmatan Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun serta memberi tunjuk ajar kaedah yang betul untuk menggunakan perkhidmatan secara fizikal mahupun akses kepada perpustakaan digital UiTM untuk mereka mendapatkan maklumat asas di sepanjang pengajian di sini. Sesi ini telah dikendalikan oleh staf Unit Perkhidmatan Perpustakaan iaitu Encik Abdul Hadi Idris, Puan Ayuzawahie Amran, Encik Nik Ahmad Kamal Nik Wadi, dan Puan Hafsah Mustafa.


Pihak Perpustakaan Cendekiawan UiTM Terengganu Kampus Dungun mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu sesi Mac-Ogos 2022 dan berharap semua pelajar dapat memanfaatkan sumber rujukan dan perkhidmatan yang disediakan dengan baik.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply