Read@UiTM: Pit Stop PTAR Kampus Rembau

Pada Khamis, 31 Mac 2022, PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau telah berkampung di Medan Selera, UiTM Kampus Rembau bagi menjayakan aktiviti Pit Stop PTAR Kampus Rembau di mana para pelajar yang berada di kawasan berdekatan boleh terus membuat pinjaman buku-buku pilihan PTAR yang terdiri daripada buku-buku ilmiah dan bacaan ringan.

Objektif aktiviti ini diadakan selari dengan objektif Read@UiTM iaitu untuk memupuk budaya membaca di kalangan warga UiTM khususnya para pelajar baharu yang memasuki kampus untuk memulakan pengajian semester baru.

Aktiviti yang berlangsung selama enam (6) jam tersebut memberi peluang untuk para pelajar membuat pinjaman buku, mengisi masa dengan membaca serta mempromosikan bahan bacaan yang terdapat di dalam koleksi PTAR.

Pit Stop PTAR Kampus Rembau ini buat julung kalinya diadakan dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada para pengunjung. Ia membuktikan PTAR kekal komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna perpustakaan. Diharap agar pelaksanaan aktiviti seperti ini dapat memberi kesedaran kepada pengguna untuk memperbanyakkan penggunaan bahan rujukan yang terdapat di PTAR.

Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau

Avatar photo
Muhammad Shafiq Amirullah PTAR Rembau N. Sembilan

Leave a Reply