Library Outreach Bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Pada 18 Mac 2022, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah mengadakan Program Library Outreach Bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Seramai 4 orang pelajar yang menjadi wakil MPP dari UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin iaitu:

  1. Mohamad Syahiran Azizan – Naib Yang Dipertua
  2. Nuraini Rasyidah M.Razali – Bendahari Kehormat
  3. Zulfazdlie Mohd Fawdzi – Setiausaha Eksekutif
  4. Ahmad Azizul Azman – EXCO Keusahawanan & Inovasi

Program ini berlangsung lebih kurang 2 jam bermula jam 9.00 pagi, dimulai dengan ucapan kata aluan daripada Timbalan Ketua Pustakawan. Taklimat perpustakaan serta sesi perbincangan dua hala juga telah dijalankan. Program telah dijalankan secara atas talian dengan menggunakan medium Cisco Webex.

Topik perbincangan bertumpukan mengenai cadangan penambahbaikan, perancangan, kerjasama serta sokongan program atau aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2022.

PTAR berharap program ini dapat menjalinkan hubungan yang baik antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin dan semoga jalinan ini dapat membantu PTAR dalam menyebarluas perkhidmatan digital perpustakaan kepada semua pelajar UiTM Cawangan Melaka terutama pelajar Kampus Jasin.

PTAR sentiasa berusaha meningkatkan capaian perkhidmatannya kepada pelanggan melalui perkhidmatan terkini yang sesuai dengan keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UiTM serta menyokong kepada keperluan maklumat sepanjang tempoh ODL para pelajar.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply