Pada Khamis, 3 Mac 2022, PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau sekali lagi menganjurkan program Read, Knowledge & Share: Book Review yang kini memasuki siri yang ke-6. Program yang berlangsung secara maya itu mengekalkan format asal iaitu menjemput panel-panel pengulas terdiri daripada warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan untuk memberi ulasan serta perkongsian yang mereka peroleh menerusi buku pilihan masing-masing.
Objektif program ini diadakan adalah untuk memupuk budaya membaca di kalangan warga UiTM seterusnya mendukung kepada inisiatif serta visi dan misi di bawah program Read@UiTM. Untuk siri kali ini, program Read, Knowledge & Share telah menjemput tiga (3) orang panel iaitu Puan Faddliza Mohd Zaki, Pensyarah Kanan dari Fakulti Pengurusan Maklumat yang mengulas buku berjudul ‘The Fault In Our Stars’ ; Encik Rosdi Safian, Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi & Pengajian Media yang mengulas buku berjudul ‘Dewey’ serta Puan Nor Haniza Hasan, Pensyarah Kanan dari Akademi Pengajian Bahasa yang mengulas buku berjudul ‘The Cure’.
Program yang berlangsung selama satu (1) jam menerusi aplikasi Cisco Webex ini telah banyak memberikan moral serta perspektif baru terhadap buku-buku, yang menarik minat penonton untuk membaca judul-judul yang diketengahkan. Pelaksanaan program ini juga secara tidak langsung menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4; Pendidikan Berkualiti. Penonton boleh menonton semula rakaman program tersebut menerusi saluran YouTube PTAR Kampus Rembau.
Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau