Pemindahan Rekod Penting Universiti ke Unit Arkib Cawangan Johor

15 Januari 2022 – Pengurusan rekod merupakan bidang pengurusan yang bertanggungjawab bagi mengadakan kawalan secara efisien dan sistematik ke atas pewujudan, penyenggaraan dan pelupusan rekod. Kawalan ini termasuk proses penawanan bukti dan maklumat mengenai aktiviti dan transaksi urusan organisasi dalam bentuk rekod (MS 2223-1:2015, Bahagian 1, Klausa 3). 

Jabatan arkib universiti telah menetapkan antara rekod penting yang perlu disimpan, dipelihara dan direkodkan adalah Fail Peribadi Pelajar. Bagi memastikan rekod penting ini dipelihara satu aktiviti gotong-royong telah dilaksanakan melibatkan pemindahan Fail Peribadi Pelajar dari Dewan Seri Peria ke Unit Arkib Cawangan Johor (Perpustakaan Tun Dr Ismail 2), membabitkan jumlah rekod yang dianggarkan 17,000 Fail daripada  tahun 1984 hingga 2013.

Aktiviti gotong-royong dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan kepentingan pengurusan rekod penting universiti oleh Puan Siti Rozana binti Mat Sanat, Ketua Unit Arkib Cawangan UiTM Johor. En. Nor Ezan bin Omar, Pensyarah Kanan fakulti Pengurusan Maklumat turut memberi taklimat berkaitan kepentingan penglibatan pelajar dalam aktiviti kesukarelawan. 

Pihak Unit Arkib Cawangan Johor merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pelajar Semester 5, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor diatas sumbangan dan bakti kerana terlibat dalam Proses Pemindahan Rekod Penting Universiti (Fail Peribadi Pelajar). Terima kasih juga diucapkan kepada Bahagian Hal Ehwal Akademik kerana memindahkan rekod penting tersebut.

Staf Unit Arkib Cawangan yang terlibat adalah Siti Rozana binti Mat Sanat, Eny binti Musa, dan Nurul Amin bin Norudin, manakala staf perpustakaan adalah Roslan bin Mohd Nor dan pelajar latihan industri Indah Nurzulaili Jamalulizam.

Penulis : Siti Rozana binti Mat Sanat | Pustakawan Kanan

Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply